Dear fellow old boys,
An un-necessary controversy arose early today and this is with regard to some miscommunication between a student, his parent and the school.
We attach herewith the statements by the school headmaster in response to the matter, as well as from the party concerned to clear the air.
If you require more clarification on the matter, please do not hesitate to write to us and we shall have the President of the VIOABA, Dato Dr Ron Tan Kee Kwong, who will be more than happy to respond to any issues raised by any OBA member.
Thank you
Assalamualaikum Salam sejahtera semua,
Hasil siasatan saya dengan ustazah dan juga murid2 kelas 4 Hijau berhubung dgn perkara di atas adalah tidak benar sama sekali. Ustazah sedang bertugas di luar sekolah sebg pengawas SPM. Walau bagaimanapun, Ustazah mengadakan kelas Pendidikan Islam semalam kerana tdk mahu murid2 ketinggalan kelas semasa ketidakberadaannya. Isu lantikan monitor ditimbulkan oleh salah seorang murid Islam. Walau bagaimanapun, ustazah kata pelantikan monitor tdk boleh diadakan dlm kelas Pendidikan Islam kerana murid2 kita terdiri dpd berbilang kaum. Kata2 ini digunakan sebg usikan dalam kalangan murid2 4 Hijau dan seterusnya chatting mereka dibaca oleh kakak seorang Murid bukan Islam yang kemudiannya ditunjukkan pula kepada ayah murid tersebut. Salah tafsir telah berlaku oleh kakak dan ayah murid ini. Yang saya sgt sedih ialah tindakan ayah murid ini (old boy kita) yg terus muat naik dalam media sosial sehingga menimbulkan ketidakharmonian perasaan malahan menjejaskan nama baik Ustazah dan juga imej VI itu sendiri… Murid ini telah call saya dan menyuarakan rasa kesal dan memohon maaf atas perbuatannya.
Saya mohon murid ini menjelaskan keadaan sebenar kpd ayahnya dan buat penjelasan dalam FBnya semula untuk membersihkan nama baik Ustazah dan juga imej VI..
Untuk makluman semua, sekolah tengah berusaha keras utk meningkatkan nama baik dan pencapaian Victoria Institution. Pelbagai transformasi sedang berlangsung sama ada dr segi sistem pengurusan, prasarana sekolah, perancangan program mahupun kaedah pembelajaran dalam kelas. Saya berharap sangat2 agar semua ibu bapa, PIBG, VIOBA, BOG dan komuniti setempat yg lain memberikan kerjasama, komitmen dan sokongan padu utk membantu sekolah merealisasikan visi misi VI semula. Tindakan yang boleh menjejaskan nama baik sekolah eloklah ditiadakan sekiranya kita masih sayang dgn VI..🌹
Sekian, terima kasih.